PIAGAM PELANGGAN
Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :-
Semua kanak-kanak dan pelajar yang berdaftar mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan.
Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan.
Semua guru yang telah ditetapkan bertugas di sekolah masing-masing bertugas pada hari persekolahan.
Keputusan permohonan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh satu hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
Proses penempatan guru dilaksanakan selepas senarai bekalan guru diterima di lokasi dalam tempoh 14 hari bekerja.
Proses pertukaran guru diurus 2 kali setahun bagi pertukaran Januari dan Jun, 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan sehingga tarikh surat kelulusan pertukaran dalam daerah.
Pelaksanaan pemantauan sekurang-kurangnya satu kali setahun bagi sekolah yang telah ditetapkan dalam tahun semasa dan laporan akan diperolehi dalam 14 hari bekerja selepas tarikh lawatan.
Proses pengurusan aduan awam dilaksanakan dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.
Maklum balas pelanggan dibentang dalam mesyuarat pengurusan 4 kali setahun demi meningkatkan Sistem Pengurusan Kualiti.
Bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan.
VISI
Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.